baru saya menyedar suda lama tidak membuat ulasan mengenai filem atau sekutunya. ini adalah disebabkan oleh kesibukan yang agak boleh tahan. almaklumla, hari2 hampir terakhir seorang petapa di republik gambang. maka sgt bnyk benda yg harus dibuat. tetapi jgn anda risau, O.J masi terkategori dalam makhluk yg "M,B,&S" (sila merujuk entri si pitung). aura2 kerajinan? fikiran positif? motivasi? itu masi belum bronkiol O.J bisa sedut. ia boleh la disamakan dgn nikotina. masih belum bisa disedut. ya mungkin...
maaf jika kamu tidak faham. saya tidak menyalahkan kamu kerana saya pun selalu tidur semasa guru bahasa mengajarkan sastera.
wah saya mengarut lagi!
ok kembali ke bisnes asal, hari ini saya dgn sukacitanya akan membuat sedikit ulasan mengenai 1 objek ganjil/ginjal bergerak-gerak atau mereka lebih gemar memanggilnya action-live yg diadaptasi dari anime yg berasaskan manga. qelirok? tidak mengapa. terus membaca.
SINOPSIS:
DMC berdiri utk detroit metal city atau sebutan aslinya adalah detoroito metaru shitti. mengisahkan seorang boiboi bernama soichi negishi yg merantau ke tokyo utk bermimpi menjadi sa-orang penyanyi lagu pop yg terkenal. tapi mimpi tetap mimpi.... (mcm ayat dalam drama seram) akhirnya si boiboi itu berakhir menjadi seorang pelogam yg brutal semasa d pentas. kebrutalan ini dipaparkan melalui lirik yg bertaraf 36-PL. sangat boleh merosakkan manusia kalau menghayati lebih2. klimaks cerita dongeng ini adalah apabila si boiboi itu akan bertarung dgn JACK ILL DARK otai logam dari barat.
ULASAN O.J:
cerita ini sebenarnya adalah pertama saya melihat animenya. walaupun saya penggemar anime (sila jgn tanya fasal naruto, bleach, atau apa2 anime kegemaran kamu ok?) tetapi tatkala sultan d. pakistan mengesyorkan saya menonton anime ini maka saya pun menontonla dgn tanpa rasa segan silu. oh! saya memberitahu kamu apa, anime ini sgt wajib kamu menonton walaupun kamu tidak kenal apa benda yg mereka gelarkan anime itu. kepada kepala-logam2 (metalhead) di luar sana, kamu sgt perlu memasukkan kisah ini dalam silabus kemetalan kamu. perlu!
tetapi sekiranya kamu tetap malas, maka kamu boleh terus menonton action-live cerita ini. orang hidup, bukan animasi. kekurangannya cuma kurang power dan kebanyakan adalah dipendekkan akibat kekangan masa. tetapi (berapa bnyk tapi ni?) DMC versi action-live ini masi termasuk dalam kewajaran untuk kamu menonton. jadi sila tonton ok?
satu benda yg harus ketahui adalah cerita dongeng ini bukan hanya berkisar kepada musik logam. tetapi lebih kepada kehidupan si boiboi itu. jadi membaca sinopsis saja adalah sgt tidak mencukupi. sila kamu menonton. pasti kamu memberikan dua ibu jari ke atas tanpa ragu2.
lagu bertajuk SATSUGAI (bukan surugau. surugau adalah pendota yg bengis lagi kejam) adalah tradmark bagi DMC. jika kamu ingin mendgrkan silala menekan butang main di bawah
amaran keras: ibu mengandung jgn pernah menekan butang main!