gue, musik, lo (bukan peminat orang super)

Posted On 4:13 AM by orang jalanan |

PRAKATA
yay lamanya tidak menaip (ini bukan aksi comel ok). baru aku sedar lama suda tidak merosakkan belog ini. patutla sekian lama membukanya terasa suci. rupanya O.J lama tidak mengepost benda2 aneh yg manusia normal jarang imaginasikan. minta maaf si pengemis. skrg aku ingin seize the blog. "wah ayat inggeris apakah itu? sungguh tidak PPSMI si O.J. ini" mereka berkata. saya merespons, neraka apakah saya mahu tahu menahu hal ini. biar mereka yg layak saja berbicara. ko hanya perlu diam sambil baca dogengan saya ini. ok la... senyum sedikit saya benarkan. jangan lebih2. nanti saya mengecop kamu mentally unbalanced. 

BERITA MUTAKHIR
tengah pagi buta ini adalah yg ketiga berturut-turut saya berdialog dgn kawan saya si sultan pakistan. hei jgn silap! kami bukan buat interfaith dialog ok?. kami membicara hal2 kosong, tiada unsur ilmiah, serta hal2 tidak logik itu. (pastinya bukan hal rasuah dlm parti "sang saka modified"). untuk DAVEsparda "please be aware with the bolded words. u better not make any wild assumption. u sanamabeeee!" 

BERITA CUACA
gambang agak gumbira 2 hari ini. siangnya panas sampai ke sore. malamnya pula bulan agak penuh. nasib baik saya memakai rantai bertatahkan jarum tajam dgn surface roughness super duper yummy kecil. kalau tidak pasti berlaku keganasan di republik gambang.[1]


KISAH SEJARAH PENGARUH MUSIK OJ (prologue)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ok sebelum saya megembangkan isi penting adalah wajib untuk kamu tahu bahawa OJ dan musik adalah ibarat korea utara dan korea selatan. jadi jgn pernah kamu mengatakan apa2 kaitan saya dgn musik ok? apapun saya ingin membuat konfessi yg sama utk kesekian kalinya, saya peminat musik dangdut metal yg boleh tahan agak sejati. sila berhenti membuat spekulasi liar mengatakan saya ini rebellious, mentang2 saya suka "cikgu vara". juga peace no war mentang2 saya mendgr lagu "bob marley - so much trouble in the world". ataupun pengikut okult aneh berbaju hitam (dikenali sbg belik metik) kerana saya mendgr lagu dari kugiran "siksa kubur"[2]. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------
musik :bab1 (baca mcm style jenama and1(one) bukan andi) <--- bnyk kurungan mcm rumus pradtl number pulak [3]. apa aku loyar buruk ni? hahaha. sial!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
masa saya bersekolah rendah ada cikgu musik yg boleh tahan agak otai. setiap kali kelas, beliau akan menyuruh murid memilih alat musik. kdg2 dia yg pilihkan. lalu menyuruh kami menyanyi dgn sepenuh jiwa. tidak kisahla off tune ka, tidak ikut beat ka. pitching memitching ni? hurm beliau langsung tidak kisah.  yang penting murid2 mampu mengeluarkan suara, tidak kisah frekuensi tinggi atau rendah. saprano tahap gila babi pun tidak kisah. asalkan gegendang telinga tidak rosak, maka itu dikira ok la.

alat musik paling aneh adalah satu besi tiga segi. dipukul dgn satu batang besi lain. saya tidak ingt namanya. itulah alat musik yg paling tidak disukai oleh mana2 murid. sbb tidak menarik langsung. lagi sesuai digunakan untuk eskperimen subjek sains. 

ada banyak lagu2 dlm buku teks musik saya dulu semasa menuntut di s.k sungai manila[4]. bukut teks itu disertakan dgn lirik serta lukisan bentuk2 aneh ala2 taugeh. bukan bahasa sanskrit atau bahasa alien ya. mereka gelarkannya "music notes". ish smpai skrg saya masih tidak faham. tapi ada 1 lagu saya agak2 ingat. sbb lagu ini agak catchy dan ringkas. ala2 lagu tema rasmi DORAEMON gitu, juga tidak perlu belajar sastera sudah mampu mencernakan ideanya. tanpa membuang masa saya persembahkan lagu "tiga sekawan"

saya ada seorang kawan namanya ah meng,
dia juga berkawan namanya muthu,
kami berkawan baik sama sedarjah,
belajar bersama main bersama

hei (3 kali)
hei (3 kali)
3 sekawan

ok la, itu saja kali ini. next time, kalau ada permintaan peminat sedaya upaya saya cuba tunaikan.  saya akhiri ucapan saya dgn kata2 pujangga seorang chaiwala...

"untuk menjawab soalan2 itu, anda tidak perlu menjadi genius" - jamal [5]. 

SUMBER RUJUKAN:
[1] wayang gambar "bawahdunia - kebangkitan lycan"
[2] dokumentari "logam global"
[3] buku HEAT AND MASS TRANSFER karangan yunus a. cengel
[4] harus diingat sk sg manila terletak di sebuah kampung di sandakan. bukannya di manila   philippines.
[5] wayang gambar "jutawan slumdog"


SOALAN BONUS: apakah kaitan tajuk post saya dgn orang super?









2 Response to 'gue, musik, lo (bukan peminat orang super)'
  1. si pengemis
    http://mentega-usewf.blogspot.com/2009/03/gue-musik-lo-bukan-peminat-orang-super.html?showComment=1237088460000#c6235982913777379545'> March 15, 2009 at 11:41 AM

    sungguh sialan neraka..
    2 jari kaki naik!!!

     

  2. orang jalanan
    http://mentega-usewf.blogspot.com/2009/03/gue-musik-lo-bukan-peminat-orang-super.html?showComment=1237122900000#c9116362478878538690'> March 15, 2009 at 9:15 PM

    hei.... neraka apakah kamu comment itu? isu sensitive itu adalah. nanti melaporkan ke physun, kamu baru mengetahui!


    p/s: my subtitles languague is getting better now, go go pirated DVD!