ku luangkan masa menulis di dalam belog pengemis ini lantaran jiwa dan minda ku yang tengah kaco dan tega untuk menelan ilmu.akal akal akal..hati hati hati..manakah raja yang mendominasi diri kita..adakah sang akal ataupun sang hati??dan x mgkn sang kancil atau pn sang bedal..tp definisi akal itu mgkn adalah sang kancil dalam dongengan yang kononya sentiasa rasional dan waras dalam bertindak..atau pn sang bedal merupakan sang hati yang slalu gopoh dalam tindakan dan sentiasa gila..yang mana satu raja?kedua-dua elemen dalam jasad kita ini sering bertelagah untuk menentukan tindakan jasad kita..pertembungan dua elemen ini selalunya membuatkan kita jadi gusar dan tidak keruan serta cenderung mengambil nikotin sebagai peleganya..hakikatnya..kedua elemen ini seharusnya bekerjasama dalam menentukan perjalanan hidup kita..akal kita sentiasa memikirkan sesuatu demi kepentingan kita tetapi dengan kehadiran hati..kadang kala kita sering membelakangkan akal dan menjadikan kita seorang yang tidak selfish dalam hidup..hati memacu kita untuk bersikap toleransi dan prihatin walaupun akal kita kadangkala tidak beranggapan sedemikian..setelah mengarut beberapa baris..dapat lah disimpulkan bahawa akal itu ibarat sains manakala agama itu adalah hati..dimana kedua elemen ini adalah medium untuk manusia mencari kebenaran dengan kajian dan pengalaman bagi membuktikan kebenaran tersebut.lantaran sains itu hanya egois dan hanya mementingkan logik dan empirikal sahaja dan menolak metafizikal dan emosi..manakala agama itu penuh dengan hikmah dan moral serta nilai2 baik untuk hidup di muka bumi ini dengan bergantung penuh kepada sang pencipta..fanatisme kepada sains membawa kepada pelbagai mslh etika dan begitulah kiranya jika terlalu menuruti akal..fanatisme kepada agama akan membuatkan kte tertinggal tanpa aplikasi sains...dan molek kranya kedua elemen ini digabungkan dan digunakan sekali seperti menambah garam kedalam makanan sebagai penyedap rasa..sains dapat digunakan untuk mencari nilai kebesaran tuhan dan membuktikan kebenaran beragama dan agama mengayai sains dengan nilai moral dan kasih sayang yang pastinya membawa keamanan di muka bumi ini..begitulah harmoninya jika akal dan hati digunakan bersama dalam mentarbiah dri di muka bumi yang fana ini..peas..sekadar coretan mlm..
0 Response to 'Akal versus hati'
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)